Monday, 4 June 2012

pakai tudung tak wajib tapi....

"Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat tu yg wajib" ...betul lah kata-kata popular ustaz Azhar Idrus nih.
Hari Sabtu lepaih Che'Li p Nagoya kt masjid India sebab nk cari kain utk buat baju asrama anak che'li. ustaz dia dh tersalah bagi kain; dibaginya kain utk buat tudung, padahal anak che'li tu lelaki so kena la p cari kain lain.

So continue citer, masa turun dari motor tu sementara menunggu hubby che'li mengunci tayar motor & yang sewaktu dengannya...che'li pon terpandang la satu hamba Allah ni yg mula-mulanya che'li nampak kehitaman dari jauh sedang berjalan kaki. Che'li pandang dari bawah nampak lah legging hitam yg agak nipis sampai boleh nampak lah kulit putih kt dalamnya, pandang atas skit ternampak plak baju blous kaler hitam yg agak singkat atas paras punggung...tengok lg atas...lahhhhh pakai tudong hitam...masyaAllah! pa kes pakai tudung tp pakainnya...sampai malu che'li nk habaq kt hubby che'li bila dia dengaq che'li istighfar kuat...
yang membuatkan che'li rasa lebih terkilan lg tu; yg empunya badan pulak bukannya org muda, dh boleh dipanggil makcik....isk..isk..apparaaa....haduiiii memang sah la tak menutup aurat, macam sarung nangka pon ada jugak bila dua kali tengok.

Astaghfirullah! dalam hati che'li terdetik: itulah apabila bertudung sekadar ikutan masa kini ataupon fesyen sahaja dan bukannya dibuat dalam erti kata yang sebenarnya iaitu MENUTUP AURAT!

Sepatutnya kita yang lebih senior (kang kecik ati plak kalu sebut yg tua kan..hehe) seharusnya menjadi contoh kepada yg muda, ni kalu makcik2 pon pakai cenggini...lagi kan orang muda. Kan lagi elok kalu pakai pakaian yg lebih longgar; ini memang macam golongan wanita akhir zaman yg disebut oleh nabi Muhammad saw sebagai yg bertelanjang walaupun mereka berpakaian, na`uzubillahiminzaalik!

Sama-sama lah kita berfikir dan bersama-sama menjaga aurat, agar kita tidak sengsara di akhirat kelak....
Wallahu`alam.

2 comments:

cintailmu89 said...

saba jela..
itula.. pelik2 sekarang nih..
pesen yg ad skrg nampak pelik..

Che'Li said...

early era dajjal; mcm ustaz Hasrizal cakap tu kan Din..
Nak berpesen pon biar la yg mengikut syara'...kannnn